You are not logged in. | Log In

Exrienz

Is this you? Log in here.

Printer-Friendly: 3x5 | 4x6 | Letter

Thermomix - Pucuk Ubi Masak Lemak by

Ingredients

Bahan A:
1 ikat pucuk ubi (ambil daun sahaja)
1200g air or max level

Bahan B:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2-4 tangkai cili
1" kunyit hidup
1 sb ikan bilis
Sedikit air

Bahan C:
200-250g air
Ubi keledek (optional)

Bahan D:
Pucuk ubi direbus
Udang (optional)
100-150g santan
1-2 sk garam secukup rasa
1-2 sk gula secukup rasa

Instructions

1. Masukkan bahan A dan rebus pucuk ubi sehingga lembut [10min/100'C/reverse, spoon]. Bak kata orang tua, tujuannya adalah untuk buang rasa pahit dan elakkan angin dalam badan.
2. Toskan air dan pucuk ubi yang direbus menggunakan varoma dish. Ketepikan seketika.
3. Masukkan bahan B dan blend [10sec/sp.8]
4. Masukkan bahan C dan masak [5min/100'C/reverse,spoon]
5. Masukkan bahan D dan masak [4min/98'C/reverse,spoon]

Back to Top