You are not logged in. | Log In

Exrienz

Is this you? Log in here.

Printer-Friendly: 3x5 | 4x6 | Letter

Thermomix - Apam Nasi by

Ingredients

Bahan A:
100g nasi sejuk
90-100g gula
250g air

Bahan B:
100g tepung gandum
100g tepung beras
1 sk yis

Bahan C:
1000g air

Bahan D:
Kelapa parut
Secubit-1/4 sk garam secukup rasa

Instructions

1. Masukkan Bahan A dan kisar [1min/sp.10]
2. Masukkan Bahan B dan mix [20sec/sp.4]. Scrape down guna spatula.
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas, tutup dan perap sekurang-kurangnya 30min. Anda juga boleh gunakan function timer pada skrin.
4. Asingkan adunan ke dalam mangkuk berbeza untuk letakkan pewarna. Titiskan sedikit sahaja pewarna dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan bahan C dan panaskan air menggunakan kettle mode.
6. Oleskan sedikit minyak pada bekas acuan apam dan isikan adunan 3/4 atau sehingga penuh bekas acuan.
7. Letakkan adunan dalam varoma dish dan kukus [15min/varoma/sp.2]
8. Sediakan Bahan D dan gaul sebati dalam bekas. Kukus [5min/varoma/sp.2]

Sedia untuk dihidangkan. Hasilnya apam sangat lembut dan gebu. Selamat mencuba~ 😊

Nota:
1. Resepi ni menghasilkan 22-24 biji apam saiz bekas nona manis.
2. Anda boleh gandakan kuantiti dengan setting yang sama.

Back to Top